WARGA SCP

Selasa, Julai 15, 2014

DUNIA PENGEMBARAAN KU SUATU KETIKA DULU : SESAT TAK JUMPA RUMAH, PARAH WEIIIIIIII

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Kami kalau pi London , Alhamdulillah, tempat tinggal memang takde masalah bagi kami . 2-3 minggu stay kat rumah SIL melainkan kami keluar jauh dari Kota London je macam pi ronda Europe bang 3-4 hari ke dan sebagainya.

Hari-hari biasa memang sunyi sikit pasal depa laki bini pi kerja .Tu yang biasanya mak itam dok masak dulu sebelum kami memanjangkan aktiviti kami ke luar sama ada lepak2 kat tengah kota London .Makan insyallah, takda masalah kami kat London. Setakat asam pedas pun bisa diatur, cuma ikan mayong je lah takda kat London hehehe

Tu yang adik dia suka kami datang, dapat lepaskan rindu makan masakan kakak sulong dia.

Nak pi town dari area Ilford memang takde masalah kerana sebagai mana yang kalian ketahui, sistem perkhidmatan awam mereka sungguh efektif . Ilford sendiri terletak dalam kawasan Greather London. Dekat Gants Hill ada stesyen tube yang tak jauh dari rumah. Senang nak bergerak sana-sini.

 rindu nak naik tube 

Kedudukan stesyen keretapi bawah tanah yang berdekatan dengan sesebuah kawasan perumahan jugak yang akan mempengaruhi  nilai sesebuah rumah itu . Pasaran harta tanah di London pesat berkembang dari dulu . 

Kalau dulu town house area Ilford ni tahun 2002 dalam 145-180 ribu pound, laaaaa ni dah 2 kali ganda dalam 300-360 ribu pound. Kaya bapak kalau dulu bapak beli satu hahaha

Tapi masa tu tahun 2002 , tukaran wang 1 pound  kat 7.50 hengget malaysia .Bapak kumpul nak beli sebiji townhouse kat sana  duit hasil jual gotah ojol tu, tapi madang tak cukup pasal asyik buat jalan  pusing dunia je hehehe

sama je sepesen rumahnya
kalau kat jalan besar pun boleh keliru mana satu
ni kan kat jalan yang rumah mengadap depan belakang

 tu ruang pejalan kaki
takble parking
tgk, semua rumah sama sepesen
mana tak pening cari

Kita tinggalkan cerita rega rumah kat sana tu . Aku nak kongsikan sikit pengalaman aku pada hari2 pertama di sini. Aku tengok rupa bentuk setiap rumah kat sini a.k.a "Town House" pada mulanya sama je sepesen di bahagaian depannya tak macam rumah kat tempat kita yang suka hatilah tuan rumah tu nak bina rumah ikut rupa apa. 

Rumah kat sini jugak takde jenis cat-cat macam tempat kita. Dia jenis sepesen je ikut kaler batu bata tu dan kebanyakkan warna kemerah-merahan warna batu-bata.


keta parking tepi jalan depan rumah je
takde nak garaj2 macam kat tempat kita
depa tak kisah, keta murah sana
ni merz lampu seposen dua posen
secondhand baru baru 5 ribu pound je
murah sesangat dalam nisbah 1:1

Tiada garage kereta macam kat tempat kita. Jadi kereta jenis main letak tepi jalan dan tak boleh letak atas tempat pejalan kaki depan rumah. 

Belakang setiap rumah pula sebenarnya ada kawasan lapang memanjang ke belakang sebenarnya yang mereka panggil "garden" tempat mereka lepak2 atau minum petang .Pagar yang dibina dari papan yang memisahkan antara sempada setiap rumah.

Lazimnya rumah kat sini punya 2 pintu sebelum kira bebetul masuk kat ruang dalam rumah. Pintu pertama kira macam tempat letak kasut dan baru bertemu pintu kedua . Mungkin faktor cuaca terutama musim sejuk kot yang membuatkan reka bentuknya sebegitu. Rasanya mereka tak mau terutama musim sejuk , udara sejuk masuk menerobos terus ke dalam rumah bila mereka nak keluar atau masuk rumah. Tu yang ada dua pintu. Nak pasti lagi ,nanti aku minta John dari http://kakiberangan.blogspot.com/ terangkan pasal dia dah bermastautin kat sana . Tentu dia lebih tahu pasal aku ni jenis datang sekali sekali macam burung hahaha


garden belakang rumah, panjang ke belakang
tempat aku lepak berdua sambil pekena earl gray tea
tapi biasa tak lama pasal bini aku jenis tak tahan sejuk
aku tak kisah,
kulit tebal lah katakan hehehe
Nak jadi cerita , satu hari tu aku ajaklah mak itam pi satu kedai D.I.Y  dekat je rumah aku nampak masa kami sampai hari tu. Hajat hati nak beli universal plug .Lepas kami berdua mamam tengahari kat rumah , pakai baju dan menonong je kami keluar rumah pi ke kedai tu . Dalam 10 minit juga jaraknya . Pusing kiri-pusing kanan, jalan terus dan pusing kiri-kanan dan jalan terus dah sampai. 

Itu kira first time kami keluar rumah jalan kaki je. Kira hari kerja, jadi lengang kat kawasan perumahan tu. Sampai je , cari benda yang dihajati dan terus balik rumah .

Alamak, kat situ yang mula timbul konflik. Bukan konflik rumah tangga, tapi konflik nak ngecam mana jalan balik ke rumah hahaha

Tapi dari konflik tak jumpa jalan pulang boleh jadi konflik rumah tangga tau pasal sorang kata kiri, sorang kata kanan hahahahaha

Keluar rumah tadi menonong je berdua tak toleh-toleh kiri-kanan punya confident  buat macam keluar rumah kat kampung sendiri . Sekali nak balik tak cam pulak, lihat kiri-kanan, semua rumah sepesen je sama  .Kaler sana, rupa sama , kira senang cite, sama je sepesen . Mana nak cam . Yang ingat Gants Hill, Ilford je sedangkan nama jalan no. berapa pun tak ingat.

 pekan Gants Hill, Ilford ,
ada satu kedai makan North Indian kat sini
Halal dan Original Recipe
Tandori dan Chesee Nan
80 kali lebih sedap yang ada jual kat kedai mamak negara kita
hehehe

Kacau jadinya, keluar berlenggang kangkung je , hp pun tak bawak. Nak tanya sapa ni pasal takda orang langsung, hari kerja. Semua pi kerja. Kira lenggang kawasan perumahan tu . Area situ 99% semua mat salleh . Nekad je pi redah , kat 30 minit juga blur dan pusing2 kat situ .Cuaca tengahari yang tak panas dan dingin jugak buatkan hati yang gusar jadi tenang sikit.

Pengabis ,hilang semua ikhtiar, kami kira mengundurlah balik jawabnya ke kedai tadi tu semula. Sib baik jumpa kedai tu hahaha

Lepas tu ingat pelan2 dan slow2 arah mana dan ke mana masa pegi tu . Akhirnya ketemu juga dengan jalan yang sepatutnya dan rumah SIL kami. Tapi dah kat sejam jugak buntu hahaha

Tulah pasal, kat sana semua rumah sama je pasal pihak PBT mereka memang menguatkuasakan undang2 yang bergitu ketat dan bukan boleh sesuka hati nak ubah , even tak benarkan cat bahagian luar rumah sekali pun berbanding tempat kita, ubahlah nak ubah apa dan catlah kaler apa yang kita berkenan, takde sapa nak halang hehehe

Andai kata kami hilang dan tak jumpalah rumah masa tu, agak2nya kami entah sesat sampai ke manalah gamaknya atau kami dah jadi warga british kot hahaha 

antara town house mereka
sepesen je sama

4 ulasan:

  1. Bukan orang baru saja boleh tak jumpa jalan pulang, orang lama dah bertahun-tahun duduk di situpun boleh sesat. Jadi kena ingat nombor rumah dan jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      panik jugak kak saya masa tu

      Padam
  2. Gambar tahun bila tu? Sampai kuning jadinya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha

      2002 , dah 12 tahun
      kuning melekat kat album hehehe

      Padam